Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sabtu, 25 Julai 2009

Robot I


Robotik bermaksud pengetahuan tentang robot, manakala robot pula ditakrifkan secara umum sebagai peralatan mekatronik yang boleh berkendali secara automatik.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepentingan dan keperluan robotik dalam industri seperti:

  • Dapat melakukan tugas untuk menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dengan kuantiti yang besar.
  • Dapat bekerja dalam suasana bahaya tanpa perlu mempertimbangkan keselamatan dan keselesaan seperti penghawa dingin, lampu, pakaian keselamatan dan penyedut udara panas.
  • Dapat bekerja secara berterusan tanpa letih, cuti, mengambil alih tugas dan tidak perlukan insuran perubatan, sebaliknya manusia perlu kepada semua perkara ini.
  • Dapat melaksanakan tugas berulang kali dengan memberi kejituan yang tinggi ketika dalam kawalan.
  • Dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan tepat.
Kegunaan robot dalam industri.



Robot dalam industri
pembuatan kereta.


Robot mengimpal logam


Robot mengangkat barang berat


Manipulator robot.


Manipulator ialah mesin yang bergerak melakukan tugas atau kerja. Mesin ini terdiri daripada tatarajah manipulator, pergelangan tangan manipulator dan bingkai tapak manipulator. Tugas yang dilakukan ialah adalah bergantung kepada kegunaan robot. Jika robot digunakan untuk mengimpal, manipulator akan dipasang dengan set kimpalan di pergelangan tangannya. Kebanyakan manipulator mempunyai enam sendi iaitutiga sendi di tatarajah dan selebihnya di pergelangan tangan manipulator. Manipulator ini dikenali sebagai manipulator enam DOF. Satu DOF mewakili satu sendi yang akan bergerak mengikut atur cara supaya alat hujung lengan robot berada pada tempat yang dikehendaki.

0 ulasan: