Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sabtu, 25 Julai 2009

Motor

Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. Motor ini menggunakan bekalan elektrik sebagai sumber tenaga dan menghasilkan tenaga mekanik dalam bentuk tenaga kilas dan putaran. Motor elektrik digunakan untuk mengendalikam pelbagai jenis peralatan kecil dan besar seperti pencukur elektrik, kipas angin, pembersih vakum dan juga kereta api elektrik. Unit kuasa elektrik ialah watt dan simbolnya ialah W. Selain watt, unit kuasa kuda (HP) juga digunakan dalam menentukan kuasa motor elektrik.




Motor AT.

Binaan asas motor AT terdiri daripada pemegun dan pemutar. Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yang menghasilkan fluks medan magnet. Biasanya pemegun dipasang pada rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak. Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik. Pemutar berada ditengah-tengah motor iaitu ditempat pemasangan aci.



Bahagian motor AT.


Bahagian utama motor terdiri daripada angker, penukartertib, kutub medan dan berus karbon. Angker dan penukartertib terdapat pada pemutar. Kutub medan dan berus karbon terdapat pada pemegun.






Angker.

Angker ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagian yang menerima tenaga elektrik. Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu teras angker, belitan angker dan lubang alur. Teras angker berfungsi sebagai elektromagnet dan berputar apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.

Penukartertib.


Penukartertib ialah komponen yang berbentuk silinder yang terdapat di dalam pemutar. Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain.
Penukartertib berfungsi untuk menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kepada belitan angker melalui berus karbon.



Kutub medan.


Kutub medan adalah untuk menghasilkan medan magnet kekal dalam motor AT. Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan. Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub medan. Belitan untuk menghasilkan kekuatan magnet pada kutub medan magnet pada kutub medan dinamai belitan medan.




Berus karbon.


Berus karbon berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. Berus karbon digunakan untuk membawa arus masuk ke belitan angker atau keluar dari belitan angker.

0 ulasan: