Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Ahad, 26 Julai 2009

Robot II

Sumber Penggerak.

Sumber penggerak ialah kuasa yang digunakan untuk menggerakkan robot. Tiga jenis sumber penggerak utama iaitu kuasa elektrik, kuasa hidraulik dan kuasa pneumatik.


Kuasa Elektrik.


Kuasa elektrik diperoleh daripada bekalan utama voltan AU sama ada fasa tunggal atau tiga fasa. Kebanyakannya penggerak robot ialah motor elektrik yang terdiri daripada motor AU, motor AT dan motor pelangkah. Voltan AU digunakan untuk menggerakkan robot bersaiz besar manakala voltan AT digunakan untuk robot bersaiz kecil.

Umumnya, motor elektrik tidak mempunyai kuasa angkat beban yang tinggi sepertimana penggerak yang menggunakan kuasa hidraulik. Walau bagaimanapun, kelajuan motor elektrik mudah dikawal dan ia tidak memerlukan kawasan lantai yang besar untuk menempatkannya. Motor elektrik memberi kejituan yang tinggi terhadap tugas yang dilaksanakan dalam operasi pemasangan. Gambar disebelah menunjukkan contoh robot yang menggunakan motor elektrik.






Kuasa Hidraulik.



Kuasa hidraulik dihasilkan oleh bendalir bertekanan tinggi unutk menggerakkan motor atau silinder hidraulik pada robot.

Sumber kuasa hidraulik terdiri daripada tangki simpanan bendalir, plat sesekat, penapis dan pam. Tekanan bendalir yang digunakan oleh robo
t adalah diantara 150 hingga 180 bar. Gambar disebelah menunjukkan contoh robot yang menggunakan hidraulik. Sumber kuasa ini terhasil apabila bendalir daripada tangki simpanan dipam ke motor hidraulik. Kemudian, bendalir ini kembali ke tangki dalam keadaan panas dan mengandungi kotoran. Oleh itu, ia perlu dibersihkan dan disejukkan oleh plat sesekat. Bendalir yang bersih akan dipam untuk menghasilkan bendalir bertekanan tinggi dan dibekalkan kepada motor hidraulik semula.

Robot bersaiz
besar seperti Unimate 2000 yang juga merupakan robot terkuat pada masa ini menggunakan motor hidraulik. Robot ini bergerak dengan kelajuan tinggi dan mempunyai kuasa angkat beban yang tinggi. Walau bagaimanapun, robot hidraulik perlu menggunakan kawasan lantai yang besar untuk menempatkannya dan sentiasa terdedah kepada kebocoran bendalir.


Kuasa Pneumatik.


Kuasa pneumatik dihasilkan oleh udara bertekanan tinggi untuk menggerakkan motor atau silinder pneumatik pada robot. Sumber kuasa pneumatik terdiri daripada pemampatan udara, tangki simpanan udara bertekanan tinggi dan motor elektrik. Pemampatan udara berfungsi untuk meningkatkan tekanan udara dalam tangki simpanan dan motor elektrik digunakan untuk menjalankan pemampat tersebut. Tekanan udara uyang lazim digunakan ialah 6 bar.



Motor Hidraulik dan Pneumatik.

Motor hidraulik dan pneumatik terdiri daripada beberapa ram dalam kebuk, satu tamatan masukan dan satu tamatan keluaran seperti yang ditunjukkan di sebelah. Apabila tekanan udara atau bendalir dikenakan pada tamatan masukan, ram tertolak untuk menghasilkan pusingan aci. Tekanan bendalir atau udara kemudiannya dilepaskan melalui tamatan keluaran.

0 ulasan: