Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sabtu, 11 Julai 2009

Keelektromagnetan


Perkataan magnet berasal daripada perkataan magnetit iaitu sejenis batu hitam yang dianggap ajaib yang berasal daripada Magnesia, Turki.


Ada tiga ciri utama magnet iaitu medan magnet, fluks magnet dan kutub magnet. Medan magnet wujud dikawasan sekeliling dan merupakan ruang yang dipenuhi fluks magnet. Fluks magnet ialah lingkaran garis urat daya magnet yang mempunyai ciri berikut:

  • Garis fluks menunjukkan arah ke luar dari kutub utara dan arah masuk ke kutub selatan dengan membentuk lingkaran lengkap.
  • Garis fluks tidak bersilang antara satu sama lain.
  • Garis fluks mudah membentuk dan elastik
  • Pada bahagian kutub dan kawasan berhampiran magnet, fluks lebih padat, ketumpatan fluks tinggi dan kesan magnetnya kuat.
  • Garis-garis fluks yang sama arah akan bergabung dan saling menarik antara satu sama lain, manakala garis-garis fluks yang berlawanan arah saling menolak antara satu sama lain.

Kompas yang diletakkan dalam ruang magnet akan sentiasa menunjukkan arah fluks magnet iaitu ke kutub selatan magnet tersebut.

0 ulasan: