Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jumaat, 26 Jun 2009

Perintang

Perintang merupakan komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Pemilihan perintang dipilih mengikut kesesuaian penggunaannya dalam litar. Apabila memilih perintang, empat perkara perlu dipertimbangkan.



  1. Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang.
  2. Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang.
  3. Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang.
  4. Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.
Perintang kod warna.

Nilai rintangan sesuatu perintang dapat ditentukan dengan mentafsirkan warna jalur yang tercetak pada badannya.
Biasanya terdapat empat jalur yang tercetak pada badan perintang. Jalur pertama dan kedua menunjukkan digit pertama dan digit kedua. Jalur ketiga merupakan nilai pendarab. Jalur keempat ialah nilai had yang diterima.

Formula berikut boleh digunakan untuk menentukan nilai rintangan perintang.
  • Nilai rintangan, [ R = (AB x C) +/ - D ]

Khamis, 25 Jun 2009

Jenis Meter

Keempat-empat meter ini adalah meter jenis analog. Secara fizikalnya keempat-empat meter ini kelihatan sama iaitu masing-masing mempunyai garis skala, jarum penunjuk, julat, pangkalan, tombol pelaras julat dan skru pelaras penunjuk.

Meter Ampere - Meter ini digunakan untuk mengukur voltan pada beban. Meter ini disambung secara siri dengan beban. Skala sifar meter ampere terletak pada bahagian kiri panel.
Meter Voltan - Meter ini digunakan untuk mengukur voltan pada beban. Meter voltan disambung secara selari dengan beban. Sebagaimana dengan meter ampere, skala sifar pada meter voltan juga terletak pada bahagian kiri panel.
Meter Ohm - Walaupun meter pelbagai lebih kerap digunakan untuk mengukur rintangan, tetapi meter ohm masih lagi digunakan untuk tujuan yang sama. Meter ohm disambung secara selari dengan beban. Berbeza dengan meter ampere dan meter voltan, kedudukan skala sifar pada meter ohm adalah dibahagian kanan panel.


Meter Galvano - Meter ini digunakan unutk menentukan arah aliran arus beban. Meter galvano disambung secara siri dengan beban. Kedudukan skala sifar pada meter galvano adalah di tengah-tengah.


Lazimnya, bagi memastikan bacaan yang tepat, sebelum pengukuran dijalankan pastikan jarum penunjuk berada di atas garis skala sifar.