Mula Bicara

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sabtu, 11 Julai 2009

Kesan Magnet


A
rus elektrik boleh menghasilkan kesan magnet. Sebaliknya pula, kesan yang dihasilkan oleh elektromagnet boleh menghasilkan arus magnet.

Apabila arus elektrik mengalir dalam satu dawai pengalir lurus, medan magnet terbentuk disekeliling pengalir tersebut. Corak fluks magnet dapat ditunjukkan dengan cara meletakkan sekeping kadbod yang ditembusi pengalir. Apabila serbuk besi ditaburkan pada kadbod tersebut, serbuk besi akan membentuk lingkaran bulat yang lengkap disekeliling pengalir.




Jika arus elektrik ditingkatkan, lingkaran serbuk besi semakin padat dan keelektromagnetan disekeliling kawasan yang berdekatan dengan pengalir tersebut semakin kuat. Apabila kompas diletakkan berhampiran pengalir, jarum penunjuk kompas akan terpesong dan menunjukkan arah fluks magnet.

Terdapat dua kaedah untuk menentukan arah fluks magnet dan arah arus elektrik yang mengalir melalui pengalir iaitu dengan menggunakan Petua Genggaman Tangan Kanan dan Petua Skru Maxwell seperti yang ditunjukkan.



Petua Genggaman Tangan Kanan.

  • Ibu jari menunjukkan arah arus yang mengalir melalui pengalir.
  • Jari-jari lain menunjukkan arah fluks magnet disekeliling pengalir.






Petua Skru Maxwell.


  • Arah pacuan skru menunjukkan arah arus elektrik yang mengalir melalui pengalir.
  • Arah putaran skru menunjukkan arah fluks magnet disekeliling pengalir tersebut.
  • Arah pacuan skru masuk menandakan arus masuk dan arah fluks magnet mengikut putaran jam. Sebaliknya, arah pacuan skru keluar menandakan arus keluar dan arah fluks magnet melawan putaran jam.

0 ulasan: